nana johari

February 15, 2017

white dress: retrospektif pagi



Entri ditulis pagi tadi.

Maka aku di sini menaip entri setelah gagal dalam cubaan masak pancake. Bukan salah aku. Ok maybe ada silap. Tapi semuanya berpunca daripada tepung pancake yang jenamanya lain daripada yang aku selalu beli. See. Ini sebabnya aku tak suka tukar-tukar, bila dah jumpa yang elok, aku suka pakai yang itu je, kalau boleh sampai bila-bila. Bila tukar jenama ni (haritu terpaksa), resepinya pun bertukar - yang mana aku sebenarnya sedar - tapi aku degil nak pakai resepi lama jugak kan. Ni satu lagi. Keadaan dah memaksa untuk bertukar tapi aku masih nak ikut mentaliti dan cara lama. Hasilnya pancake tak menjadi dan perut aku sakit (sebab test makan sekeping tadi).

Tapi bila fikir balik kan, dah siap ada tepung pancake pun boleh silap masak lagi entah apa apa je.


Benda sama bila aku pergi restoran atau kedai melayu tepi jalan. Melainkan aku rasa adventurous dan banyak duit, mungkin aku akan cuba menu dengan nama pelik-pelik. Tapi kalau tak - yang mana adalah yang selalunya - aku memang akan order menu sama je kat mana-mana pun (yang aku dah pernah cuba dan yang aku rasa sedap), preferably kat kedai yang aku dah test pergi dan memuaskan. Objektifnya adalah nak makan dan nak kenyang. Kejadian penyesalan yang berlaku setiap kali aku order menu baru hanya menambahkan trauma je; sudah lah tak kenyang, membazir duit pulak tu. 

Praktikal. Sesetengah orang panggil boring.

Ah. Aku lebih suka kenyang dan happy dengan makanan aku.


Aku ada beritahu ke, yang antara kepakaran aku adalah mengenalpasti macam mana orang buat teh lemon? Like, aku tahu kalau diorang bancuh perisa lemon instead of guna buah lemon tu, aku tahu kalau diorang guna limau instead of lemon (a.k.a menipu), aku tahu bila masa diorang letak potongan lemon tu dalam air, aku tahu kalau kurang teh atau gula atau lemon, aku tahu segar atau tak segar.

Kesedaran ni agak membanggakan aku sebab aku suka teh lemon. Rasa macam badge of honor.