nana johari

December 6, 2011

Photoshop Reflective Text


Assalamualaikum .

Aku nak ajar macam mana buat simple reflective text macam dalam gambar atas tu . Aku rasa ramai dah tahu. Lol tak kesah lah. Aku belajar daripada tutor orang walaupun aku tak faham pun apa yang dia buat dan aku tak buat 100% macam yang dia buat. So ni try and error je . Menjadi lah jugak .

First . Open Photoshop seperti biasa . Tak kisah pun CS berapa .

Click pada image untuk pembesaran

File > New > Height dan Width terpulang pada korang nak letak berapa . Make sure transparent


Kemudian korang tulis lah apa-apa kat layer korang tu . Macam ni,


Bila dah sudah tu . Misalnya korang nak tukar warna , korang boleh highlight satu huruf dalam ayat tu. Macam ni,


Kalau korang nak tukar warna ke semua text tu, korang highlight lah semua huruf . Lepas tu tekan apa yang aku tunjuk dalam gambar . Nanti dah tukar warna, dia jadi macam ni lah,


Kalau nak tukar warna huruf yang lain, repeat je step aku cakap tadi tuh . Then siap lah warna font, jadi macam ni


Warna warni aku buat . Korang ikut apa yang aku tunjuk dalam gambar di atas . Right click pada layer korang tu . Nanti akan keluar benda alah ni,


Click Blending Options untuk ubah design text korang tu . Nanti lepas korang click, akan muncul pop up nih,


Ubah je ikut suka hati korang . Nanti dah siap, korang buat macam gambar bawah ni,


Sila Right Click pada layer anda dan tekan duplicate layer . Nanti akan muncul satu pop up, korang tekan je yes/ok kat situ . Lepas tu nanti layer korang ada kembar, macam bawah ni


Ikut apa yang aku buat dalam gambar di atas . Lepas click nombor dua tu, korang drag text kembar korang ke bawah . Nanti jadi lah macam ni,


Buat apa yang aku tunjuk dalam gambar di atas . Lepas Right Click, korang tekan Convert to Smart Object . Macam ni,


Dah selesai , buat step macam dalam gambar bawah ni .


Lepas korang dah tekan Free Transform tu, akan muncul kotak di sekeliling text kembar korang . Then korang buat step bawah ni,


Tekan Flip Vertical tu . Nanti dia akan terbalik . Haaa . Lepas tu korang drag lah text kembar korang dekat dekat dengan text asal korang . Lepas tu korang adjust opacity text kembar tu, macam ni


Lepas tu, kalau korang nak adjust kedudukan text kembar korang tu pun boleh jugak . Just Right Click dan tekan Distort. Lepas tu korang drag lah anak panah hitam di bucu kotak tu . Buat sehingga korang puas hati .

Bila dah selesai dan puas hati, korang buat macam ni


Lepas tu, korang Right Click pada layer korang tu . Ni ,


Buat apa yang aku tulis tu .
Dah selesai, korang ikut step bawah ni kalau korang nak cantikkan lagi text tu .


Lepas tu,
File > Save As > PNG format . Macam ni,


Adios

3 comments: