nana johari

January 10, 2012

Photoshop : Motion blur


Benda alah ni

Assalamualaikum.

Aku nak buat tutorial ringkas hari ni. Aku rasa ramai yang dah tahu benda ni, kot? Entahlah. Korang boleh guna gambar yang berwarna. Sama je. Cuma untuk contoh, aku guna gambar hitam putih. 

Aku guna PS dengan Photoscape. Actually benda ni boleh guna PS sahaja. Tapi aku pening kalau guna PS jek. So nak senang, aku pakai Photoscape.

First.
Open Photoshop korang. Tak kesah lah CS berapa pun. Bukak je.

Lepas tu upload gambar yang korang nak guna. Korang boleh guna satu jenis gambar. Korang boleh jugak guna dua atau lebih daripada tiga gambar. Suka hati korang lah. Macam aku ni, aku guna dua gambar.

Selesai upload, korang ikut step bawah ni. Click untuk pembesaran.


Tekan Filter > Blur > kemudian tekan Motion Blur. Nanti dia jadi macam ni,


Korang boleh ubah benda yang aku petakkan tu. Ikut kesesuaian lah. Suka hati nak macam mana pun. Then, tekan OK. Kemudian korang boleh tekan File > Save as. Save dalam format PNG or JPEG.

Apply teknik sama pada gambar yang kedua, kalau korang pakai lebih daripada dua gambar lah. Save as macam tadi.

Then open Photoscape korang, tekan bahagian yang aku petakkan di bawah,


Okay, nanti dia muncul macam ni.


Sekarang ni, korang drag gambar pertama yang ORIGINAL ke tengah. Kemudian korang drag pulak gambar pertama yang telah di applykan teknik motion blur tadi. Lepas tu baru drag masuk gambar original yang kedua, dan yang telah diedit.

Kalau tak paham tengok bawah ni,


Gambar A yang original


Gambar A yang telah di edit.


Gambar B yang original 


Gambar B yang telah di edit.


So upload je secara selang seli ke dalam Photoscape tu. Lepas tu ubah duration time di bahagian tepi. Then save lah. Siap.

Adios

5 comments:

  1. aaaaaaaaaaaaaaa,thanks akak ;~; jadi ^^

    ReplyDelete
  2. Thanks unnie. baru first time guna Photoshop, tak sangka jadi :)

    ReplyDelete
  3. akak , lepas dah tekan photoscape tu kan , kenapa file dia tak boleh bukak ehh ? .____.

    ReplyDelete