nana johari

January 26, 2012

Tutorial : Simple Fanfic Trailer [Realplayer and WMM]



Assalamualaikum.

Nak buat simple trailer ni perlukan video, realplayer, converter dan Windows Movie Maker. Seriously, kalau ada Photoshop After Effect lagi best. Ok walaupun aku tak tahu pun macam mana nak guna After Effect tu tapi aku tahu mesti best lol.

Firstly, korang mestilah kena ada video. So aku ajar cara aku. Senang sikit. Kalau korang nak buat cara korang pun, terpulanglah.

STEP 1 - Download Videos

Cari lah video yang korang nak di youtube. Dah jumpa, copy URL video tersebut. Lepas tu korang bukak new tab dan search Savevid. Nanti akan keluar macam bawah ni, paste je URL tu dalam ruang yang disediakan.


Pastikan download dalam format MP4. Lawa sikit. Oh ye. Ignore URL yang aku merahkan tu. Dah siap download, kita akan masuk step yang seterusnya.

STEP 2 - Trim Videos 

Aku rasa trim lah kot namanya? Ah entah. Trim ni macam cut. Video yang panjang, kita nak cut jadi short clip. Aku buat guna RealPlayer. Senang.

Korang bukak RealPlayer korang, buat macam bawah ni.


Nanti akan keluar benda alah ni.


Browse lah video yang korang download tadi. Kita nak trim/cut video tu. Nanti akan jadi macam ni,


Video dah dimainkan di RealPlayer. Tekan benda yang aku petakkan tu kalau nak trim. Just hover cursor korang kat skrin video, nanti akan keluar lah button tersebut. Kemudian akan keluar macam ni pulak,


Nampak tak benda yang aku kotakkan merah tu? Korang boleh adjust kedudukan benda tu. Pandai-pandai lah korang adjust. Macam aku buat kat bawah ni,


Aku hanya perlukan short clip, macam kat atas tu. Dah siap adjust, tekan lah save. Okay. Step trim dah selesai. Sekarang kita nak convert format MP4 tu jadi format yang boleh diterima Windows Movie Maker.

STEP 3 - Convert

Bukak converter. Kalau tak ada converter, boleh download. Aku dah bagi links kat tutorial tu. Bila korang open converter tu, akan jadi macam ni.


Masukkan clip video yang sudah di trim tadi. Macam bawah ni,


Pastikan output format dia dalam MPEG or something like that. Tengok bahagian kanan pada gambar di atas. Lepas dah selesai, tekan Convert Now.

Nanti dia convertkan untuk korang, lepas siap, akan keluar benda ni,


Tekan open output folder. Nanti akan muncul satu folder di mana clip clip video tadi ditempatkan selepas diconvert.

Korang copy semua tu, dan paste kat desktop. Buatlah new folder dulu. Letak video yang telah diconvert tadi di desktop supaya senang nak carik. Kalau tak copy pun tak pe. Tak ada hal pun.

STEP 4 - Make a video 

[import video, insert titles and credits]

Open Windows Movie Maker. Benda ni senang je nak guna. Korang drag masuk videos yang korang dah convert tadi, ke dalam WMM. Macam bawah ni, just drag je


Okay. Sekarang aku nak jelaskan sikit-sikit pasal WMM. Nampak tak kotak-kotak putih kat bawah tu? Namanya Storyboard dan Timeline. Yang kotak paling besar, adalah untuk video. Korang boleh drag clip video yang korang dah masukkan tadi, ke dalam kotak tersebut. Tak paham kotak mana satu? Tengok bawah ni, teliti betul betul. Kalau tak nampak jugak, better korang pergi buat checkup mata ah. Takut bertambah kritikal pulak nanti.


Biasanya kalau video, mesti ada tajuk mula-mula kan? Tengok gambar di atas, aku ada petakkan something kan? Tekan benda tu kalau nak buat title or credits.

Nanti akan muncul benda ni.


Korang pilihlah apa-apa yang korang nak. Samada title, credits or tulisan on clip. Nanti jadi macam ni,


Tulislah apa-apa yang korang nak tulis dalam kotak putih tu. Kalau dah selesai, korang boleh design tulisan tu menggunakan pilihan yang aku kotakkan merah.

[Apply simple effects]

Ni pulak cara untuk korang letak simple effect. WMM ni tak boleh letak effect lebih-lebih, sebab benda ni bukan Photoshop. Okay. Nampak tak kotak merah kat bawah,


Korang boleh letak effect pada video korang melalui pilihan yang aku kotakkan tu. Misalnya video effects macam bawah ni,


Misalnya korang nak buat video korang jadi black and white, jadi pilihlah benda yang aku kotakkan tu. Korang drag je benda tu masuk ke dalam kotak kecik di storyboard.

Korang jugak boleh cantikkan lagi video korang dengan meletakkan transitions. Macam bawah ni,


Drag macam tadi, tapi masuk ke dalam kotak di tengah-tengah tu.

Kalau korang nak masukkan lagu, guna kaedah sama macam masukkan video tadi. Just drag je. Kalau nak adjust masa, korang click pada Show Timeline. Pandai-pandai lah korang buat experiment ke atas buttons kat bawah ni. 


Bila dah selesai video korang, buat step di bawah.


Dah siap. Lepas tu upload lah.
Adios

16 comments:

  1. sabar nana sabar . nah hamek nii *baling kek coklat yang ada topping pralines cream*

    ReplyDelete
  2. Unnie nana, nak tanya. Kalau sofia, takada WMM. Tapi ada Windows Live Movie Maker *angguk*._. Sama je kan? -_-'

    ReplyDelete
  3. Thanks akak ;A; Dah lama cari tuto ni *sobs*

    Haha sabar akak. Akak diet je lah XD

    ReplyDelete
  4. ahh .__. nanti eden nak try buat vid guna tuto ni ;~; thanks sbb buat tuto ni :3

    ReplyDelete
  5. SLM NANA..TLONG KOMEN CKIT FF AQ NIEY\
    http://b2stpetra.blogspot.com/p/cerita.html

    ReplyDelete
  6. Kak,same tak cara dia kalo kite x nak amik video tapi nak ltak gmbr dlam tuh??

    ReplyDelete
  7. Tq lah buat tutor ni. Walau pun den ade Window Live Movie Maker Beta dengan Window Movie Maker, tapi tak gune sebab tak tau nak buat ape. #bajetmacamretigune -.-'

    Sabo le tak boleh dapat kek tu. Saye pon pena. Pesan panjang leba last sekali mak tak beli pun =.='

    ReplyDelete
  8. @Eyra Arezmie
    Ohhh no problem :D sy pun tak tahu camne nak guna benda alah tu dulu, tp tgk ayah guna benda tu , tu yg reti sikit2 . LOL HAHAHA betul -.- kadang2 pesan panjang2 pun tak gune lol

    ReplyDelete
  9. Hihi^^ Sy boleh gune tapi tak nice nanti jadi die xD

    ReplyDelete
  10. windows movie maker boleh download ke? sbb saya xde..

    ReplyDelete
  11. Kak Nana , kalau vids tu ada sound. kita nak mutekan dia cam mana ?

    ReplyDelete