nana johari

December 30, 2012

Photoshop : Simple blog header [full]



Macam atas ni ha ._.

Assalamualaikum.

Aku tak tahu lah ni yang diminta atau tak ._. aku pun tak berapa faham sebenarnya nak buat tutorial header yang penuh, tak transparent. Kalau ikutkan, nak buat header yang penuh, senang je ._. Cuma click kat bahagian new image tu, "white" tak transparent ._. nanti dia jadi tak transparent .

So, alang alang aku terus buat tutor nak buat header yang simple ._. Aku pernah pakai header macam ni dulu. Here,

First open Photoshop. Tak kira CS berapa pun. Tekan File > New > Width image ikut kebesaran blog masing-masing. Height ikut suka hati. Then tengok bahagian background contents, pilih White. Baru header tu tak transparent.


Lepas tu open gambar. Kalau nak senang, pastikan gambar tu backgroundnya satu warna, tak ada corak . Macam ada background blur ._. Senang sikit.

So bila dah upload, kecikkan dan adjust kedudukan ikut suka korang. Macam aku buat kat bawah ni.


Ikut apa yang aku buat dalam gambar di atas. Untuk bagi background sama warna dengan background gambar kita upload tadi. Pilih dropper tu, then click atas background image kita tadi. Lepas tu create new layer kat bahagian kanan bawah tu. Then click semula kat image di tengah-tengah. Macam bawah ni,


Pastikan layer yang dah fill dengan warna tu, di bawah layer gambar kita tadi. Macam atas ni.


Lepas dah puas hati dengan kedudukan, korang boleh merge layer. Buat macam di atas ni. Nak gabungkan layer gambar dengan layer background berwarna tadi. Untuk cantikkan or cerahkan warna gambar tu, korang boleh ikut step curve, exposure or level. Tekan Image > Adjustments. Kalau tak faham, ada kat list tutorial aku.

Then buat lah font. Nama blog dan so on ._.
Kalau nak tambah sikit design petak, macam aku buat kat contoh header atas sekali tu,
Ikut seperti yang di bawah.


Pastikan create new layer dulu, baru buat kotak garis putus-putus tu. Lepas tu korang just guna Fill Tool dan click kat dalam ruang kotak garis putus-putus tadi. Guna warna yang sama seperti warna background korang tadi.


Kemudian ubah mode layer petak tu kepada Multiply. Macam atas ni. So warna untuk petak tu jadi lagi gelap daripada background.


Dah siap, tekan File, Save as PNG.
Upload kat blog macam biasa. Kalau template designer, upload kat bahagian layout tu. Kalau blogskin, upload header korang kat Imgur.com dulu lepas tu ambik URL dia dan paste kat HTML blog korang.

Done

15 comments: