nana johari

January 30, 2013

Graphics : Fonts for posters


Do not re-tutorial

Assalamualaikum.

Tutorial ni lebih menjurus untuk poster fanfic. Aku kongsi ilmu pasal yang basic jelah. Firstly, kena tahu apa tujuan kita letak wordings tu.

Objektif letak fonts/titles/wordings, nak menyampaikan maklumat.
Bila nak menyampaikan maklumat dan nak pastikan maklumat tu tersampai, bentuk fonts, latar belakang, warna fonts, saiz fonts dan susun letak perlu diambil berat.

Meh tengok.

1. Blending


Ni tulisan yang tak dihias apa-apa. Aku just type je.


Ni tulisan yang dah dihias/edit. 

Ikut mata aku, pasti lah yang diedit tu lagi senang dibaca. Cara nak edit fonts senang je. Bila korang dah create layer fonts atau dengan erti kata lain korang dah tekan T tool di toolbox dan type tajuk or apa apa yang nak ditaip, korang right click pada layer tu dan tekan Blending Options. Like this.


Nanti akan keluar tab macam ni.


Cadangan aku.

  • Boleh guna shadow untuk wordings warna cerah yang digunakan di background cerah
  • Guna stroke untuk buat wordings romcom poster tapi jangan guna stroke untuk angst poster. Kalau nak guna stroke untuk angst poster, boleh tapi pastikan ketebalannya tak jelas sangat. 
  • Untuk wordings di background gelap, elok pakai Outer Glow. Kalau tak nak guna Outer Glow, sila duplicate layer font dan tekan layer kedua tu, Filter > Blur > Motion blur. Tarik layer tersebut di bawah layer asal font tadi. Dan tengok, menjadi ke tidak.

Wordings contoh aku tu, walaupun dah diedit, tapi ada something yang tak kena. Jenis font tu. Sekarang masuk perkara yang kedua.


*     *     *


2. Bentuk/jenis fonts


Pernah dengar pasal Roman typefaces dan Monospaced? Entah banyak lagi aku rasa. Semua ni fonts. Dalam kelompok tulisan Roman, ada banyak. Misalnya Serif dan Script. Ni yang paling biasa digunakan.

Serif ada banyak jenis. Sans Serif, Slab Serif dan lain lain. Dalam Sans Serif ada lagi beberapa cabang iaitu nama-nama khas fonts. Contohnya font Clarendon dalam kumpulan Slab Serif dan Myriad dalam kumpulan Sans Serif. Perbezaan antara ketiga-tiga ni boleh rujuk dalam gambar di atas. Slab Serif garisan stroke tu tebal sikit. Sans Serif tak ada serif. 'Serif' yang garis melintang di hujung bentuk huruf tu. Benda ni tak penting sangat pun sebenarnya ahahaha korang just kena ingat 'Serif' tu tulisannya macam mana.

Script ialah kumpulan fonts berangkai. Dalam kumpulan Script ni, banyak kumpulan-kumpulan kecil untuk jenis fonts seperti Handwriting dan Calligraphy. Dalam kumpulan Handwriting dan Calligraphy sebagai contohnya, ada banyak nama-nama khas untuk fonts, misalnya Jenna Sue dan Santos Dumont. Yang korang biasa mintak nama fonts tu lah. Bentuk tulisan pun memainkan peranan penting untuk memudahkan sesuatu maklumat tu disampaikan.


Tekan gambar untuk besar. Ada kumpulan fonts di situ. Credit. Here.

Cadangan

  • Untuk background yang bercorak, elok guna tulisan Serif or tulisan yang gemuk gemuk comel lol macam dalam kumpulan Decorative or Fancy or apa apa lah. Kalau nak guna tulisan Script, pastikan garis tulisan tu tebal dan boleh dibaca macam gambar atas gambar di atas ni lol
  • Kalau untuk background yang tak jelas coraknya or blended well or satu warna plain/kosong, boleh gunakan Script.

*     *     *

  • Untuk poster romcom, elok guna Decorative or Fancy or yang seangkatan dengannya. Yang gemuk-gemuk comel comel tu. 
  • Untuk poster angst, elok guna Serif dan Script. Nampak pro/matang.


*    *    *


Kalau ikut cara aku, untuk tajuk poster yang panjang berjela lebih daripada tiga patah perkataan; contoh, TILL DEATH TEAR US APART /tajuk ni tak sesuai untuk romcom harap maklum ahaha/

  • Romcom poster; tukar jenis fonts untuk beberapa patah perkataan. buat variasi. Misalnya, TILL DEATH dan US dalam font Maggie Moo. TEAR dan APART dalam font Bubble Gum.
  • Angst/romantic poster; buat beberapa patah perkataan dalam tulisan jenis Serif, dan beberapa dalam tulisan Script. Misalnya, TILL, US dan APART dalam tulisan Times New Roman /serif/. DEATH dan TEAR dalam tulisan Some Weatz /script/. 

Contoh tulisan dengan background bergambar/bercorak.


Aku lagi suka yang bawah tu. Senang dibaca berbanding yang atas.


*    *    *


3. Warna

Warna memang mainkan peranan yang penting. Salah satu sebab tulisan susah nak dibaca, ialah sebab warna yang digunakan tak sesuai. Lagi lagi untuk background yang bercorak, macam contoh aku ni.


Susah nak dibaca

Cadangan. Lebih kurang macam apa yang aku cakap tadi kat atas.

  • Untuk background gelap, guna warna cerah untuk wordings. Kalau poster tu ada campur warna merah atau coklat gelap, dan korang nak guna warna merah/coklat sebagai warna wordings, pastikan korang apply Outer Glow
  • Untuk background cerah, guna warna gelap untuk wordings. Kalau korang nak guna warna cerah jugak, sila guna Shadow untuk bagi nampak tulisan tu. Or stroke, tapi untuk stroke ni depends on jenis poster korang. Kalau romcom poster, stroke boleh tebal. Tapi untuk romantic or angst poster, eloklah kalau stroke tak tebal, 1px je macam tu. 


*    *    *


4. Jarak wordings/letters 

Korang boleh buat fonts tu besar kecik dengan adjust saiz. Boleh jugak buat huruf antara tulisan tu rapat dan jarak, boleh jugak buat senget dan tebal. Semua tu boleh adjust di kotak yang aku petakkan merah ni,


Specific function boleh tengok kat bawah ni.


Untuk adjust jarak di antara huruf. Highlight tulisan lepas tu baru tukar jarak yang aku petakkan  belah kanan tu.


Yang ni lebih spesifik. Lol 'spesifik'. Ada huruf yang korang nak dekatkan, ada yang korang nak jauhkan. So guna kaedah ni instead of kaedah atas tu. Korang just click di antara huruf tu, lepas tu adjust yang aku petakkan. 


Ini untuk rapatkan jarak antara perkataan. Type dan tekan enter untuk type satu lagi perkataan, lepas tu boleh adjust jarak di antara kedua-dua perkataan tu.

Seterusnya sila lah kaji sendiri kat buttons yang ada tu.


*    *    *


5. Saiz fonts.

  • Tajuk; aku rasa tak payah lah besar sangat gedabak sampai tutup separuh poster kan lol. Memang kena besar, selalunya lah. Cuma aku tak suka buat tulisan besar-besar sangat lol. 
  • Credits or copyright; korang buat saiz kecik kecik sudah. Tak perlu besar sangat. 
  • Quotes; untuk poster romcom, gunakan fonts yang jenis handwriting or decorative tu. Yang sebiji sebiji hurufnya tu lol. Untuk poster angst/romantic, elok guna tulisan Serif. Script boleh guna tapi susah nak baca. 


Kanan Hazirah punya. 


*    *    *


6. Kedudukan fonts/wordings

Bila dah siap tulis, cara nak bagi sama besar or center, korang boleh guna Rectangular Marquee Tool. Tengok bawah,


Sekarang, nak bagi jarak di bahagian kiri sama dengan jarak di bahagian kanan /yang aku petak merah/. Tekan tool yang aku cakap tadi, then buat bentuk rectangular macam aku buat atas tu. Nanti akan ada garis putus-putus. Biar garis tu bertemu dengan tepi tulisan. Then drag je kotak putus putus tu ke bahagian kanan.

Hasilnya macam ni,


Ada huruf yang termasuk dalam kotak. Jadi tulisan tu patut ke kiri sikit. Adjust lah, then ukur balik. Jangan bagi tulisan termasuk dalam kotak. Yang ni untuk sesiapa yang nak buat tajuk tu center lah.

So tu jelah. Ni aku buat,


'Somebody' is in black with outer glow. 'Who Cares' in white and I've applied drop shadow. Black rectangular with low opacity at the back.

Adios.

9 comments:

  1. wowww .. nice tuto !
    i learn lots of new things from this tuto .. tk sgka boleh ubah spacing2 huruf dlm photoshop jugak ~

    thanks a lot Nana ! :D

    ReplyDelete
  2. RajinNyaa Akak Kena Selalu Belek Photoshop Lah Ni :D

    ReplyDelete
  3. nice tuto!haha~eden pun still ada masalah dgn font2 ni ;~; aigoo,lol baru je tgk tuto ni sbb tgh nk rajin bw blog org XD thanks for the tuto nana :3

    ReplyDelete
  4. kak nana, gambar yang last sekali, yang the word 'somebody' tu, akak pakai font apa?

    ReplyDelete
  5. oh haha okay, takpe la kak nana c:
    thanks anyway

    ReplyDelete
  6. kak , macammana nak buat black rectangular dgn lo opacity tu . ? bt , cantik sgt

    ReplyDelete