nana johari

April 29, 2013

G.Tutorial : Simple Romcom Poster



Do not re-tutorial

Assalamualaikum.

Macam yang atas tu. Maksud aku, bentuk susunan macam poster di atas. Macam biasa, aku tak buat tutor bahagian fonts. Fonts tu simple editing je. Right click pada layer dan Blending Options.

Apa yang diperlukan:
  • Photoshop CS berapa pun tak kesah.
  • Gambar watak 
  • Pattern - [background petak-petak tu]

*   *   *


Step 1 : Background. 

Open Photoshop. 
File > New > Create new image; macam bawah ni


Nanti akan muncul satu image yang berwarna putih. 
Buat seperti di bawah ini


[1] Create new layer.
[2] Akan muncul satu layer di atas background image korang yang warna putih tadi tu
[3] Tukar warna, aku guna warna kelabu sebab nak buat background warna putih-kelabu
[4] Click Fill Tool
[5] Click pada image

Then dia akan jadi warna yang korang pilih tu.


*    *    *

Step 2 : Pattern

Sebenarnya korang boleh replace-kan Step 1 dan Step 2, dengan menggunakan texture bercorak. Tapi aku tak ada texture bercorak, so aku guna kaedah pattern. Kalau korang guna texture, just open texture dan drag masuk new image korang tu; jadikan sebagai background.

Ok sambung.
Sila Right Click pada layer yang berwarna kelabu tadi tu. Dan pilih Blending Options. Or kalau nak senang, korang double-click je pada layer tu.


Ubah Fill Opacity macam di atas ni. Buat dalam lingkungan 0-20%
Kemudian tekan bahagian Pattern Overlay.


Siapa yang tak pernah download Pattern, boleh ikut tutor INI. Pattern boleh dicari kat google je. Boleh search; Photoshop Pattern Download. Nanti banyak jenis yang akan keluar. Pilih je. 

Siapa yang pernah buat tu, sila continue;

Click anak panah yang aku petakkan merah tu. Pilih mana-mana pattern yang korang nak. Boleh jugak ubah opacity. Then click OK

Akan jadi bercorak macam screenshot bawah ni.


*    *    *

Step 3 : Characters' Boxes


[1] Create new layer semula
[2] Akan muncul satu layer baru 
[3] Click tool yang aku petakkan tu
[4]Ubah Style kepada Fixed Size dan bahagian Width/Height tu korang kena kira sendiri. Pastikan seimbang. Ya ilmu matematik memainkan peranan untuk part ni lol. Siapa yang buat saiz image macam aku ni, korang boleh lah ikut ukuran aku. /bukan betul sangat pun kiraan tu aku tibai je/
[5] Simply click pada image, nanti akan terbentuk kotak dengan garisan putus-putus
[6] Terus click Fill Tool
[7] Pilih warna yang disukai lol /aku pilih warna biru/
[8] Click di tengah kotak bergarisan putus-putus tadi tu.

So akan terhasil satu kotak berwarna. 
Repeat the same step bagi membuat kotak yang sama di sebelah kotak korang baru buat tadi tu.

Kalau korang perhatikan poster di atas, ada cahaya putih di tengah-tengah warna kotak biru dan pink tu. Macam glow kan?

Here,


Sila click pada Layer Kotak 1 korang (kotak biru aku)
[1] Create new layer
[2] Akan muncul layer baru di atas layer kotak pertama
[3] Click tool yang aku petakkan tu
[4] Click je kat kotak berwarna korang tadi, nanti akan automatik terbentuk kotak dengan garisan putus-putus. Letakkan kotak bergarisan tu bagi betul-betul sama dengan kotak asal yang berwarna.
[5] Click Brush Tool
[6] Pilih warna putih
[7] Nak tukar mata brush, boleh right click pada image. Nanti akan keluar petak dan jenis mata brush tu. 
[8] Pastikan size besar, dan guna brush yang ada blur di sekeliling. 
[9] Ubah opacity. Jangan pekat sangat, jangan slow sangat. Sederhana.
[10] Click hanya sekali, di tengah-tengah kotak bergarisan/berwarna tu.

Kalau warna putih tu pekat sangat, korang ubah opacity layer di layers box. 
Jadilah macam ni,


Now nak buat kat kotak di sebelahnya. No need ulang steps macam aku buat atas tu. Korang boleh terus click pada Layer cahaya putih tu /aku tak tahu nak panggil apa/, Right Click dan Duplicate.

Macam bawah ni,


Now drag/tarik Layer Copy tu ke atas Layer Kotak 2
Macam ni, 


[1] Click pada tool di atas sekali tu /di tool box/
[2] Just drag ke sebelah.


*    *    *

Step 4 : Characters

Boleh ikut tutor INI
Kemudian drag masuk gambar yang sudah di cut ke dalam image poster korang tu. Yang guna CS3, tapi tak tahu nak drag gambar, ikut tutor INI. Yang guna CS5/CS6, boleh tarik keluar tab image dan drag masuk gambar character tu.

Jadi begini.


Cara nak letak shadow putih tersebut, 
Just Right Click or double-click pada Layer Character. Blending Options. Then apply lah Shadow. Kalau korang nak buat exactly macam yang aku buat tu, boleh ikut ini


Click OK. 
Then buat step yang sama untuk gambar di sebelah.

Lepas tu korang insert lah fonts, click T tool di tool box. 

Bila dah siap semua, click pada layer yang berada di atas sekali dalam kotak layers. 
Then, CTRL + SHIFT + ALT + E. Akan muncul layer yang siap sudah di-merged. 

Oh jangan lupa apply Sharpen di akhir proses.
Filter > Sharpen > Smart Sharpen. 

Adios.

14 comments:

  1. Wow .cantik ah poster . nak try buat jugak lah :)

    ReplyDelete
  2. Aze nak tanya siket boleh? Hehe.

    Yang bahagian poster akak, blkg font "classmate is actually" tu, apa ek? Brush ke?

    ReplyDelete
  3. nana leh buat tuto pasal simply fill tak?

    ReplyDelete
  4. @nurul.ahwil

    simply fill? ._. maksud? tak paham ._. step yang fill tu ke?

    ReplyDelete
  5. @nanajoe opss. apa aku dah komen kat sini, aku pun tak faham . Sebenonya nak suruh nana buat tuto ni http://i.imgur.com/NPLqkev.jpg
    [gambar]

    ReplyDelete
  6. Thanks very much,firts time buat akhirnya jadi juga :)

    ReplyDelete
  7. @nurul.ahwil

    nanti la. insyaallah eden buat :)

    ReplyDelete
  8. wow...cantiknya...
    ni klau jadi cover buku komfem laris...
    baru tgk cover dah tertrik nk baca isi dlm...

    ReplyDelete