nana johari

November 2, 2013

Graphic Edit : Guitar Picks



Do not re-tutorial

Assalamualaikum.
Uh peliknya aku punya guitar picks lmao. Ah biar situ. Nak tunjuk macam mana nak edit ala-ala macam tu je. So apa yang diperlukan;

  • Photoshop
  • Guitar picks shape
  • Light texture / Bokeh texture / Pattern atau Gradient

Contoh kiri, aku guna gradient. Contoh tengah, aku guna bokeh texture. Contoh kanan, aku guna light texture. So korang boleh pilih nak guna yang mana sebenarnya. Sama je lol. Guna teknik clipping mask.



PART A

Step 1
Cari shape guitar picks. 
Aku cari di google. Memang di situ aku cari. Sorry tak boleh bagi yang aku guna sebab tu bukan milik aku, so aku tak boleh nak sebarkan. Cari yang hitam dan background putih. Bukan yang corak. Plain. Sebab kita nak guna bentuk dia je. Dah jumpa, save. 

Open photoshop. File > New > Width height ikut pilihan masing-masing.


Dah create new image. 
[1] Create new layer.
[2] Layer baru akan muncul.
[3] Sila tekan mata di layer background.

Nanti base image tu akan bertukar petak-petak. Tanda dah transparent. 

Step 2
Then sila la File > Open > Guitar pick shape yang korang save tadi.


[1] Pastikan arrangement layers macam aku buat tu. Kalau layer korang ada lock, double click untuk buka lock. Create new layer, dan tarik new layer tersebut di bawah layer guitar pick shape.
[2] Click tool yang dipetakkan.
[3] Click pada layer guitar pick dahulu. Kemudian click pada background putih guitar pick image korang tu. Nanti akan muncul garis putus di sekeliling.
[4] Right click dan akan muncul option tu, click Layer via Cut.

Nanti akan terpisah background putih daripada layer guitar pick shape korang tu. Sekarang drag layer guitar pick shape tu masuk ke dalam new image yang korang buat awal-awal tadi tu [di step 1]

Korang boleh buat terus di image guitar pick shape tu, cuma skip Step 1.


[1] Aku dah masukkan ke dalam new image tadi. 
[2] Begitulah susunan layers.


Step 3
Open texture korang, tak kisahlah sama ada bokeh atau light texture. Drag masuk ke dalam new image korang tadi. 


[1] Dah place di atas guitar pick tadi tu.
[2] Susunan layers. Sila right click pada layer texture.
[3] Clipping mask!

Maka nanti akan muncul la corak di atas guitar pick tersebut. 


*    *    *


PART B
Nampak tak serbuk-serbuk aka glitters la kononnya tu ehe kat atas guitar picks? 
Haa benda alah tu.


[1] Create new layer.
[2] New layer muncul.
[3] Pilih brush tool.
[4] Sila la lukis atas guitar pick tu.
[5] Tukar normal kepada dissolve.

Dah jadi.


*    *    *


PART C


Yang ni untuk mereka yang mahu guna effect gradients atau pattern. 

Hanya right click pada layer guitar pick tadi. Blending option. 
Muncul la tab option tu. 

Boleh pilih nak guna gradients atau pattern. Thats it.


*    *    *


PART D


Sangat sangat penting.
Dah siap semua. Kecikkan saiz. Aku guna saiz 150px x 150px. 
Kemudian sila buat seperti dalam screencap. 

Sharpen.

Siap! 
Adios.