nana johari

June 23, 2014

Photoshop : Bubble Dialogue



Contoh lain di sini [click]


Chiwassu. 
Tutorial macam mana nak buat yang bubble tu je. Bubble ke namanya entah aku pun tak tahu lmao.
Perlukan photoshop. Tak kisah CS berapa asalkan ada frame animation board. Benda ni boleh memeningkan kepala [sebab aku tak reti explain], sila perhatikan screencaps tu betul-betul.




File > New > Create image, width dan height ikut pilihan sendiri. 

Next;
Untuk CS6, just ubah setting Workspace kepada Motion. Nanti akan muncul frame animation board kat bawah tu. Kalau tak muncul jugak, click pada Workspace > Reset Motion. Untuk CS yang lain, click pada Windows, dan tick Animation atau yang sewaktu dengannya, eden dah lupa apa namanya maaf. Rasanya ada je kat bahagian tab Windows tu.

FRAME 1
[1] Buat background macam biasa. Aku suka edit dah siap habis semua [gambar, font etc] baru tambah bubble dialogue, senang nak fokus edit bubble tu je. 
[2] Click pada Polygonal Lasso Tool yang aku petakkan merah dalam screencap di atas.
[3] Tekan new layer di bahagian kotak layer, bahagian kanan.
[4] Buat corak di tengah image korang tu. Temukan titik, nanti akan muncul garisan putus-putus.




[5] Sila tekan Fill Tool seperti yang aku petakkan tu. Pilih warna dan click di tengah corak korang buat tadi. So nanti benda tu akan jadi macam atas ni.




FRAME 2
[1] Buat seperti dalam screencap di atas ni. Click pada new layer lagi sekali. Nanti akan muncul layer baru macam aku petakkan tu. Click pada new frame di frame animation board, akan muncul Frame 2. 
[2] Tekan Polygonal Lasso Tool semula, dan buat corak yang lagi besar daripada corak korang buat tadi. Dalam screencap ada contoh. Tapi pastikan di pangkal bubble tu, saiznya sama. 




[3] Buat macam screencap atas ni. Click pada Frame 2, dan click pada eye symbol untuk Layer 1 [layer corak pertama]. Eye symbol tu indicates layer visibility, kalau korang padamkan eye symbol tu; layer tu tak akan muncul dan vice versa. 




[4] Click Frame 1, dan padamkan eye symbol untuk Layer 2 [layer corak kedua].
[5] Kalau nak tambah size, sila repeat step FRAME 2. Cara sama je. Pastikan corak yang seterusnya tak muncul di frames yang sebelumnya; hanya muncul dalam satu frame untuk satu corak.






Screencap di atas ni contoh macam mana keadaan layers dan frames lepas aku tambah layer corak ketiga. 

Time duration.
[1] Kalau nak tukar berapa saat atau laju pergerakkan bubble tu, click pada nombor yang menunjukkan berapa saat, di sudut setiap frames kat frame animation board tu. Nanti akan keluar pilihan.




Save.
File > Save as Web. Nanti akan muncul seperti yang di atas ni. 

Di bahagian petak kiri; ada saiz gif. 
Di bahagian petak kanan; Looping Options > Forever.

Then save.
Siap.





2 comments: