nana johari

October 25, 2016

#tutorials: Edit/guna mockup





Atau mock-up.
Ini photoshop tutorial.

Ok, apa itu mockup? Aku sangat suka mockup. Mockup ni template, model, replika. Aku nak fokus dari sudut pandangan orang yang create design; so kiranya lepas para designers dah buat design atau selesai edit sesuatu tu, diorang boleh guna mockup sebagai demo atau preview of the real thing. Mockup ni bagi 3D feel gitu.

Sebagai contohnya dengan tujuan promotion;
Mr. A dah buat design untuk sejenis barang ni, tapi barang yang sebenarnya belum siap lagi. Dalam masa yang sama Mr. A nak terus promote barang tadi sementara tunggu barang siap. Mr. A boleh tunjuk mockup version design dia pada potential customers, supaya customers tahu macam mana besarnya barang tu, atau rupa bentuk barang tu, atau macam mana rupa design tu bila ditempek/dicetak atas barang etc.

Ada pelbagai jenis mockup; buku, majalah, business card, portfolio, resume, tshirt, mugs etc.
Korang hanya perlu search di google.



Selalunya mockup diberi dalam bentuk PSD, tapi aku pernah jumpa dalam bentuk photoshop action.

Aku hanya akan tunjuk contoh untuk format PSD, maybe later aku tambah tutorial untuk format photoshop action. Ok so, setiap mockup ada layers yang berbeza, tapi ada basic persamaan:


Tutorial aku ni adalah tutorial label tag mockup. Aku download mockup ni di SINI.




Bentuk label tag tu adalah mockup yang aku katakan tu, design/tulisan tu aku yang edit.  


Siri photoshop yang mana mana pun boleh, uh ikut mockup la kekadang diorang ada sertakan photoshop apa je yang boleh guna.

Aku skip step design. Makanya korang perlu ada satu design dah ready, tinggal nak letak dalam mockup je.



Step one:

Download mockup yang diperlukan. Search di google macam ni;
Business cards mockup, book cover mockup, portfolio mockup etc.
Bila nak guna mockup yang orang lain buat ni, pastikan korang baca guideline atau ReadMe yang selalu disertakan dalam downloaded file. Ada mockup yang perlu dibayar/dibeli, obviously download la yang free kalau tak nak bayar lol.

Selalunya diorang bagi dalam bentuk zip. Majoriti orang yang dah biasa design tahu benda ni, just in case ada yang confused macam mana; lepas download tu sila right click pada icon dan click extract here.

Open file psd tu macam biasa dalam photoshop. File > Open.
Contoh yang aku gunakan begini;



Click image untuk zoom. 


Step two: 

Option A: Cari layer yang dalam bentuk smart object. Korang boleh kenalpasti smart object bila korang nampak icon kecil berbentuk kertas/document di hujung layer tu.
Option B: Selalunya dalam mockup, diorang ada labelled layer yang berkenaan dengan 'your design'. Cari layer tu.

Double click pada thumbnail layer tersebut.

Selalunya akan muncul tab begini;




Tekan OK.

Kadang kadang akan keluar tab macam ni;




Sila keep layers.
(Terus Flatten pun takpe rasanya, entah, aku rasa takde masalah, tapi aku tak pernah cuba lagi).

Dan kadang kadang ada keluar tab macam ni;




Click OK. Yang atas ni, selalunya disebabkan korang tak ada atau tak download font yang digunakan dalam design contoh mockup tu, so layer font tak boleh dibaca. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.


Akan keluar file/document yang korang akan guna. Aku label benda ni sebagai FileA.
Begini;




[1] Click pada icon mata, untuk tutup/hilangkan design yang sedia ada atau design contoh tu.




Step three:

Open file design korang, kalau korang belum open lagi.
[1] Click pada tab design korang.
[2] Drag design korang tersebut (atau boleh jugak drag layers design korang tu) ke dalam FileA.

Kalau lepas je korang drag masuk design tu, ada keluar tab macam bawah ni; tekan je OK.




Benda macam ni tak tentu, ikut file mockup yang korang download tu, kekadang ada keluar tab pelik pelik, so experiment la ye, click mana mana dan lihat hasilnya. Aku tunjuk basic je.

Ok.
Jadi begini;




[1] Right click pada mana mana layer yang ada.
[2] Flatten Image, supaya tinggal satu layer je.




Hidden layers tu adalah file yang aku minta korang hilangkan tadi tu. Maka bila keluar tab macam atas ni, click OK.
 



[1] Click File.
[2] Make sure click Save, dan bukan Save As.
[3] Dah saved, tutup je tab design tu.

Ok sekarang korang boleh check semula file mockup korang tadi;




Tadaa. Design dah masuk dalam mockup file.

Ulang steps yang aku dah tunjuk untuk benda yang ada banyak designs. Macam yang aku buat ni ada dua designs, satu depan label tag tu, satu di belakang. Tapi aku buat tutorial untuk satu je. Kalau korang nak tukar design, misalnya tersilap, just double click je sekali lagi (ulang proses yang sama dari awal).


Bila dah siap semua;
[1] Click File.
[2] Save As. Boleh save dalam bentuk png, jpeg, macam korang save gambar biasa.

Bila dah saved, tutup je tab mockup tadi tu, tapi bila nak tutup selalunya akan keluar begini;




Click No. Bila korang click No, file mockup yang korang download/guna tu akan kembali pada design contoh/asal. Kalau tekan Yes pun rasanya tak ada masalah, tapi aku tekan No.

Ok siap.


No comments:

Post a Comment