nana johari

August 5, 2017

Extra: What I learnt from sending formal emails




Few things I learnt from this whole sending formal emails thing:
Self reminders.



1. Keep calm.

If there's a conflict, misunderstanding, repetition;
calmly clarify things again, calmly assert your needs and rights.

Yes, they might have poor management or structure, yes the fault might be theirs, yes they might seem incompetent and careless. No matter what they should have done or what they should have thought, no matter what their titles are; it's people you are dealing with, not machines.

Reminding myself that people make mistakes, helps. People can get tired, they can get emotional, some people are poor at compartmentalizing, people can get distracted and they can get stressed. Or they might be simply suck at doing their job. I don't know how they are, or what's happening with them. I don't know whose mistake it is, so making all of them suffer for it isn't quite fair. 

People have personalities, they have their own way of doing things. As long as the issue can be solved, as long as they finish their job albeit a bit later than I personally prefer, as long as it's not harmful— it's fine. Often, there's no need for me to get worked up.  



2. Honestly, write cover letters.

"a letter sent with, and explaining the contents of, another document or a parcel of goods."

For everything. Attachments, cheques, resumes etc. In emails or mails. Even when you think they should know what the hell you are talking about, even when you think it's obvious what it is you are doing, just write one. If it seems redundant, write a simple one.  



3. Don't have too many representatives  

—dealing with one thing. 

Unless you guys hold regular 10 minutes morning meeting to keep up with what's going on. 

Try not to make your customers repeat themselves, especially to every one of you. It annoys customers, it makes you seem like you don't listen to them and you don't really care. You don't want to work with people who are annoyed.

Inform each other (team members) on what's happening. At least, before you pass a problem/job to someone else (other team member), give them a heads-up.

As someone who gets the job from someone else, reconfirm things with customers if you want to make sure no information has fallen through the cracks, in case your team member sucks at relaying information (or just in case they made mistakes). Plus, it can give the impression that you put effort into understanding the problem/issue and want to help.  



4. Manners.

Always say thank you, even when you think it's their job to help you, or to settle the problem that they caused. Even when you are asserting your rights, thank them for their cooperation, thank them for their assistance. Don't over do it though.

Apologize, only if needs be. 

Consider the possibility that you might be in the wrong, no matter how sure you are that you are right (you might be right tho). At least give the impression that hey, this might be my mistake I hope you could help me clarify what's going on etc. So they won't immediately go defensive. Avoid unnecessary complications.



5. Be transparent

Be honest with your needs, your confusion, your problems etc. Help them understand.
  




April 26, 2017

Extra: Pengurusan emosi [Bahagian I]




Entri ni bertujuan untuk bantu sesiapa yang ada masalah yang berkaitan.

Rancangannya ada 2 bahagian. Kedua-dua entri adalah untuk diambil sebagai panduan je, aku bukannya pakar psikologi. Ini cuma adalah apa yang aku belajar, apa yang aku praktikkan dan apa yang berkesan dalam kes aku.

Sila guna critical thinking dan adapt atau ubah secara praktikal bila perlu, sebab setiap manusia ada bezanya.  

Bahagian 1: Basic + 8 perkara yang korang perlu tahu tentang (pengurusan) emosi/perasaan.
Bahagian 2: Apa makna/mesej di sebalik sesuatu emosi/perasaan itu.

Aku guna perkataan emosi dan perasaan dengan maksud yang sama.


*   *   * 

Bahagian 1

Apa yang korang perlu tahu tentang (pengurusan) emosi:

Negatif atau positif kedua-duanya berfungsi lebih kurang sama je. Cuma kesan emosi negatif yang lebih senang kelihatan dan lebih sukar untuk diuruskan. Maka aku fokuskan pada emosi 'negatif'. 


Basic.

Emosi, tidak kira betapa jelek atau hodohnya, perlu melalui beberapa proses:


Diakui atau Dilabel:
Emosi tu perlu diakui oleh orang tersebut pada diri sendiri, atau dilabel dengan jujur (aku kecewa, apa yang aku rasa sekarang ni adalah rasa cemburu, aku rasa marah). Korang perlu jujur dengan diri sendiri. Pengakuan adalah langkah pertama ke arah perubahan.

Dirasai atau Dialami: 
Apa yang dimaksudkan dengan dialami ialah, beri masa pada tubuh korang untuk rasa emosi tu; alaminya secara jasad. Dalam waktu korang beremosi tu, pernah rasa macam ada sesuatu merebak dari tengah dada ke perut? Atau rasa sesuatu di tapak tangan dan hujung jari jemari, kebas atau sejuk? Sesuatu yang menyucuk di anak tekak? Itu apa yang aku maksudkan. Sama ada korang terus biar diri korang rasa emosi tu, atau korang boleh asingkan diri korang daripada orang lain untuk rasa emosi tu sendirian. Bergantung pada keadaan.    

Difahami:
Bila korang dah jujur dengan diri sendiri, korang boleh mula faham emosi tu. Apa yang menjadi pencetus (trigger) emosi tersebut dan kenapa benda tu boleh jadi pencetus, kenapa korang rasa macam tu, apa maksud di sebalik emosi yang korang rasa tu, apa mesej yang korang boleh faham daripada emosi tu etc.

Diterima atau Dibiarkan pergi:
Bila dah faham segala benda yang korang boleh faham tentang emosi tu, korang perlu terima keadaan korang tu sebagai realitinya sekarang; fokus pada sekarang, bukan masa lalu dan bukan masa hadapan. Terima emosi itu seadaanya, terima hakikat yang korang rasa apa yang korang rasa. Dan percaya keadaan atau perasaan korang tu boleh berubah ke arah yang positif. 


Jangan:

  • Tahan perasaan atau pendam. 
  • Mempersoalkan (mencabar) emosi tu. 
  • Elak, pura-pura perasaan tu tak wujud.
  • Nafikan perasaan, tipu diri sendiri. 

Tak akan berkesan. Kalau berkesan pun hanya untuk jangka masa pendek dan mungkin akan membawa padah pada masa akan datang, memberi kesan buruk pada diri sendiri dan hubungan korang dengan orang lain. Tak berbaloi.

Emosi perlu dihadapi. Kalau tak dihadapi secara terus, perasaan atau konflik yang dibawa perasaan tu sampai bila pun tak akan selesai.


Penjelasan selanjutnya. 



1. Emosi adalah mesej


Ini adalah sebab utama kenapa kita perlu hadapi sesuatu emosi tu.

Emosi beritahu sesuatu tentang diri korang (info selanjutnya dalam Bahagian 2). Ambil masa untuk faham apa mesej emosi tu. Kenalpasti apa yang boleh dilakukan dengan mesej tu, kenalpasti sama ada korang memang perlu bertindak ataupun tidak. Emosi wujud bukan sebagai arahan kepada korang untuk ambil apa-apa tindakan spesifik; yang beritahu korang tentang apa yang patut dilakukan adalah logic thinking

Korang tak perlu bertindak pun setiap kali korang rasa sesuatu, cuma fahamkan mesej emosi tu. Hormat emosi dan diri korang dengan mendengar, memahami dan menerima. Ada masanya korang perlu biarkan perasaan tu sendiri dan alaminya, sakit atau tidak.

Perasaan boleh berkurangan dan hilang sendiri. Lagi-lagi kalau korang dah kenalpasti segala yang boleh difahami tentang perasaan tu dan mempraktikkan jalan penyelesaian yang betul. Korang tak akan selamanya dalam keadaan tu dan rasa macam tu.  



2. Jangan buat atau paksa diri korang rasa apa-apa, atau tak rasa apa-apa. 


Tak ada istilah 'patut' dalam topik emosi dan perasaan. Tak ada patut rasa macam ni atau tak patut rasa macam tu. Kita rasa apa yang kita rasa, apa-apa je yang wujud dalam badan.

Bila kata patut, ini namanya meletakkan standard pada diri sendiri, dan ada masanya kita letakkan standard yang tak adil dan yang tak berguna pun pada pembangunan diri. Maka buang dan tinggalkan standard tu.

Tak ada moral pada emosi, kita yang letak baik dan buruk pada sesuatu emosi. Korang merasai emosi negatif tak bermakna korang adalah orang yang negatif atau toksik. Yang membezakan orang yang positif dan orang yang negatif, dalam topik emosi, ialah apa yang diorang buat dengan emosi tu.

Sebagai contoh: Kemarahan
  1. Kemarahan Orang A wujud disebabkan dia ditindas oleh orang lain. Sebagai reaksi, Orang A melampiaskan rasa marah tu dengan menindas orang lain.  
  2. Kemarahan Orang B wujud disebabkan dia ditindas oleh orang lain. Orang B menjadikan kemarahan tu sebagai dorongan untuk bertindak memperjuangkan hak dia sendiri dan hak orang lain yang ditindas.    

(Rasa marah tu sendiri bukan sesuatu yang buruk. Ia normal. Salah atau betul sesuatu tu bergantung pada tindakan yang korang ambil sejurus merasai sesuatu emosi tu).

Dengan erti kata lain, jangan kritik diri sendiri kalau korang tak rasa sesuatu tu seperti mana yang korang fikir korang patut (vice versa). Alami emosi tu tanpa negative judgments daripada diri sendiri.



3. Menangis itu natural. 


Tak salah pun nak menangis, tak kira la apa pun jantina korang dan apa pun yang masyarakat cakap.

Ada saintis buat kajian tentang air mata yang keluar waktu kita beremosi; dalam air mata tu ada banyak jenis chemicals, salah satunya adalah sejenis endorphin yang boleh mengurangkan kesakitan/kedukaan (pain) dan meningkatkan mood positif. Endorphin juga adalah chemical yang dikeluarkan oleh badan bila manusia bersenam atau membuat aktiviti fizikal, dengar lagu, buat seks etc.

Saintis juga percaya yang chemicals akan bertambah dalam badan bila kita stress, dan menangis adalah salah satu cara badan keluarkan apa yang tak perlu untuk kembalikan tahap badan kepada normal.

Dilihat dari sudut sains, menangis bukanlah sesuatu yang memalukan. Kalau korang rasa malu nak menangis, ingatkan diri sendiri yang itu adalah cara badan korang stabilkan chemical. Sains je.


Untuk apa-apa yang berkaitan dengan body reaction, jangan tahan atau simpan lama-lama; sesetengah orang boleh jatuh sakit disebabkan dia tak biarkan diri dia rasa emosi tu. 

Bukan aku suruh korang menangis depan orang ramai, sebab ada orang memang jenisnya tak selesa tunjuk perasaan depan orang lain dan it's okay. Di tempat kerja, menangis atau tunjuk perasaan boleh dilabel tak professional. Untuk kes macam ni, minta masa sendirian jika boleh dan cari tempat tertutup, atau kalau boleh tahan sampai rumah, maka tunggu sampai rumah.

Asalkan ada waktu yang diambil untuk alami perasaan tu (sekiranya badan minta yang sedemikian).



4. Jadi realistik dalam memasang expectation


Jangan expect diri korang untuk move on atau okay dalam masa yang singkat, lagi-lagi kalau perasaan korang tu kuat.

Ada perasaan yang ambil masa agak lama untuk hilang; kerana mungkin jalan penyelesaiannya pun ambil masa untuk dilaksanakan (perlu kerap dan konsisten). Dalam kes macam ni, korang perlukan kesabaran dan keyakinan bahawa perasaan tu boleh surut. Sabar dengan diri sendiri, kerana ada masanya hati ambil masa untuk kejar apa yang otak dah faham, tapi hati tu akan faham jugak akhirnya kalau korang konsisten dalam usaha menyelesaikan masalah korang.

Expectation yang tak realistik hanya akan memberatkan korang secara emosi. Jangan buat diri sendiri galas beban yang tak perlu. 



5. Perasaan korang adalah tanggungjawab korang.


Perlu uruskan perasaan tu sendiri terlebih dahulu. Jangan minta orang lain bertanggungjawab atas apa yang kita rasa, maksud aku:

Kita tak boleh nak cakap yang ia adalah salah diorang 100% sebab buat kita rasa apa yang kita rasa. Perbuatan dan tindakan orang lain memang boleh mencetuskan (trigger) emosi dalam diri kita, tapi kita masih ada kawalan atas apa yang kita buat dengan emosi tu atau tindakan apa yang kita ambil sejurus tu, kita ada kawalan ke atas interpretasi (cara kita lihat dan apa yang kita faham tentang sesuatu) yang mencetuskan emosi tu.

Kita boleh minta tolong atau kerjasama daripada orang lain untuk ringankan beban emosi kita tu (perkara ni mungkin diperlukan dalam hubungan), tapi kita tak boleh nak letak semuanya atas bahu diorang. Bila kita minta orang berhenti buat sesuatu (sesuatu yang tidak ditujukan atau menyusahkan kita secara terus), kita sebenarnya minta kerjasama diorang; tak boleh nak kerah atau demand.

Pengecualian:
Apa-apa yang mencabuli hak korang sebagai manusia. Seperti buli, serangan seksual etc. Perkara macam ni perlu dihalang, dihentikan dan dilaporkan. Korang bukan oversensitive, korang ada hak untuk dihormati dan diambil serius.

Lain-lain:
Apa-apa yang melanggar batas peribadi. Korang boleh minta orang tersebut untuk ubah tindakan tu dan nyatakan kenapa, perkara macam ni ada masanya diperlukan dalam hubungan, sebab kadang-kadang orang tak sedar apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh; maka beritahu terus terang pada diorang. Kalau dah beritahu tapi diorang masih berkeras tak nak berubah, atau diorang bagi macam-macam alasan atau sindir korang dan ulang tindakan yang sama, aku cadangkan korang jauhkan diri daripada orang macam ni.



6. Cari cara untuk melepaskan perasaan yang sesuai dengan diri sendiri. 


Dibawah kategori mengalami perasaan.
Antara cara-cara yang manusia ambil untuk melepaskan perasaan:

  • Bersenam
  • Buat kek
  • Menjerit
  • Tumbuk bantal
  • Tonton filem sedih
  • Karaoke
  • Melukis
  • Luahkan perasaan

Kalau tak boleh nak berseorangan, cari teman yang sesuai dengan tujuan dan aktiviti korang tu. Kalau nak pergi berenang, ajak orang yang reti berenang atau ajak orang yang tak reti berenang tapi tak kisah tengok kau berenang.

Pastikan cara korang alami atau lepaskan perasaan tu tak memberi kesan negatif pada orang lain.

Untuk perasaan yang lambat surut, sesetengah daripada kita menggunakan cara spesifik atau aktiviti (seperti dalam contoh di atas) sebagai distraction sementara menunggu perasaan tu hilang. Boleh cari distraction, tapi aku galakkan hanya setelah atau semasa korang alami 4 proses utama yang aku sebut di awal entri, supaya korang tak secara tak sengajanya nafikan atau pendamkan emosi korang.


Tentang meluahkan perasaan:

Ada orang yang jenisnya meluahkan perasaan demi nak meluahkan perasaan, diorang cuma nak rasa lega dan bukan menyelesaikan masalah. Yang bermasalah bila perasaan tu diluahkan pada orang yang prefer kalau masalah tu selesai je. Dalam keadaan macam ni, orang kedua tu akan cenderung untuk bagi jalan penyelesaian, dan orang pertama pulak akan cenderung untuk rasa defensif atau berpendapat yang orang kedua tu tak ada perasaan.

Kalau korang jenis yang perlu ada seseorang untuk dengar korang lepaskan perasaan tu, carilah orang yang mampu mendengar. Jangan pergi pada orang yang tak mampu nak layan, kemudian salahkan atau malukan diorang sebab diorang tak bagi reaksi yang korang mahukan. Sesetengah orang memang jenisnya tak boleh mendengar luahan perasaan orang lain, boleh buat diorang jadi stress atau tak senang duduk.

Kalau degil nak jugak dengan orang yang tak beri apa yang kita mahukan sebagaimana yang kita mahukan, jujur tentang apa yang kita mahu dan bincang dengan dia. Sesetengah orang sanggup nak cuba disebabkan dia sayang pada kau. Tapi kalau dia kata dia tak mampu, maksudnya dia tak mampu maka kita kena terima; perlu ada kompromis kalau nak hubungan tu berfungsi. Tak semua orang guna cara yang sama untuk tunjuk yang diorang peduli.



7. Jangan minta maaf atas emosi.


Minta maaf atas lantai je. Ok hambar.

A. Jangan minta maaf atas apa yang orang lain rasa (perasaan orang lain).

"Aku minta maaf sebab kau terasa, kecewa, marah."

Tindakan ni boleh memberi dua jenis impresi:

  • Impresi bahawa korang ada kawalan atas perasaan orang lain (sedangkan selalunya kita tak boleh kawal pun apa yang orang rasa). Tindakan ni meletakkan beban yang tak perlu pada diri sendiri. Korang akan cenderung mengambil apa-apa tindakan untuk membaiki atau memulihkan perasaan negatif orang lain, walaupun tak realistik dan tak kiralah patut atau tak patut korang berbuat macam tu.
  • Impresi bahawa orang lain boleh lepaskan tanggungjawab diorang ke atas emosi diorang sendiri pada korang (yang mana adalah sesuatu yang diorang tak patut buat). Ada kemungkinan untuk diorang salahkan korang atas segala emosi yang diorang rasa, dan seterusnya mengharapkan korang untuk berbuat sesuatu atau berubah ikut kepala dan ikut sedap diorang. Boleh menyebabkan ketidakstabilan kuasa dan penindasan dalam hubungan. 

B. Jangan minta maaf atas perasaan sendiri.

"Aku minta maaf sebab aku terasa, kecewa, marah."

Tindakan ni memberi impresi yang ia adalah salah atau tak patut untuk korang rasa sesuatu (sedangkan ni adalah tak benar) dan ada kemungkinan untuk orang lain ambil kesempatan ke atas diri korang dan rasa bersalah korang tu.

Ingat, bila kau minta maaf tentang perasaan kau, apa yang kau sebenarnya sampaikan ialah perasaan kau tu remeh dan tak patut diambil berat, dan orang yang mendengar akan cenderung untuk berpendapatkan yang sama (sama ada diorang sedar ataupun tidak). Ada kalanya benda ni terus masuk ke minda separa sedar (subconscious) dan mempengaruhi tindakan kita. Walaupun diorang tak berpendapat yang sama pada mulanya; makin kau buat, makin diorang akan percaya, dan diorang seterusnya akan bertindak mengikut apa yang diorang percaya. 

Minta maaf hanya untuk tindakan yang dilakukan, yang memberi impak negatif, sama ada sengaja ataupun tidak.

"Aku minta maaf sebab aku buat keluarga kau jadi bahan gurauan." ✓
"Aku minta maaf sebab aku tak hiraukan kau." ✓
"Aku minta maaf sebab aku tinggikan suara pada kau." ✓

Dalam entri lain, aku akan jelaskan lebih tentang cara minta maaf yang betul.



8. Tip


Untuk ubah apa yang kita rasa;
ubah apa yang kita fikir.

Untuk ubah apa yang kita fikir;
ubah perspektif (cara kita pandang sesuatu) dan kepercayaan (imej, pendapat, konklusi, ilusi etc).

Untuk ubah perspektif dan kepercayaan;
kita perlu tahu apa perspektif dan kepercayaan kita tu dan kenapa kita pegang perspektif dan kepercayaan tu.   
  


Bersambung di bahagian ii.



March 16, 2017

extra: tip-tip belajar bahasa




Hey. 

Banyak cara belajar yang aku guna adalah cara yang aku jumpa sendiri berdasarkan apa yang sesuai dengan diri aku. Aku kerap dapat soalan macam ni, maka aku ambil keputusan untuk buat entri jela, senang, in case korang boleh dapat hasil yang sama;    


* * *


Secara generalnya, setiap bahasa boleh dibahagikan kepada tiga tahap utama:
  1. Beginner level
  2. Intermediate level
  3. Advance level 
(di antaranya ada seperti, elementary level, lower intermediate, very advance etc tapi ni semua detail je tak perlu aku nak cakap panjang lebar, bila korang belajar nanti korang dapat agak sendiri).   


Dan ada beberapa bahagian yang korang boleh letak dalam to-learn-list; setakat yang aku ingat: *asas

  • Kosa kata*
    • Untuk permulaan, belajar perkataan lazim seperti warna, nama objek, nama pekerjaan, nama anggota tubuh badan, adjektif mudah etc.  
  • Tatabahasa (grammar)*
    • Yang ni macam kata kerja, kata nama, kata dasar, macam mana nak hubungkan ayat, macam mana nak guna adjektif dan sebagainya. 
    • Sesetengah bahasa ada extra rule yang korang perlu belajar dalam bahagian ni; contoh Bahasa Inggeris dan Jepun, kedua-duanya ada bentuk kata kerja (verb form) yang fokus pada masa lalu, masa sekarang dan masa hadapan, tapi Jepun ada lebih banyak dan lebih rumit. Maka rumit ataupun tak rumit tu bergantung pada bahasa tu sendiri.   
  • Peribahasa, Simpulan bahasa (idioms)
    • Self explanatory.
  • Bahasa pasar (colloquial language/expression)
    • Untuk belajar atau pick up macam mana orang tempatan guna bahasa tu, korang digalakkan berinteraksi dengan diorang; ataupun perhatikan macam mana diorang berinteraksi, menyampaikan mesej (berdebat, berdiskusi), beri pendapat dan luahkan perasaan etc.  
    • Aku cadangkan belajar bahasa standard dulu, baru masuk bahasa pasar.

* * *


Tak kira bahasa apa yang korang nak belajar, ada empat proses yang aku galakkan korang fokuskan. Mesti buat keempat-empat ni, digalakkan serentak, untuk dapatkan hasil yang optimum ewah. 

Objektif: untuk biasakan diri korang dengan pembinaan ayat dan penggunaan perkataan, serta belajar perkataan dan sebutan baru. Ini adalah bertujuan mencapai kelancaran bahasa; tahap di mana korang dah boleh berfikir dalam bahasa tu (bukan hanya translate bahasa ibunda ke dalam bahasa tersebut).

Perincian untuk setiap bahagian yang berikut adalah cadangan aku je. Asasnya adalah cari bahan yang sesuai mengikut tahap bahasa korang, ikut level yang aku dah nyatakan di atas.


Membaca

Membaca adalah paling mudah bagi aku, dan bahan senang nak dapat. Pembacaan yang secara umumnya tak membosankan adalah fiksi atau fiction, dan bagi aku secara peribadinya fiksi lagi mudah nak dihadam.

Tahap 1:
Jangan segan nak mula dengan membaca buku kanak-kanak, 10 tahun kebawah, tak kiralah berapa umur korang. Buku kanak-kanak mengandungi ayat-ayat mudah dan perkataan lazim. Pilih buku ikut tahap tatabahasa korang; kalau hanya tahu faham ayat mudah, cari buku yang mengandungi ayat mudah tapi pastikan korang masih boleh belajar sesuatu yang baru (misalnya buku tu mengandungi kosa kata yang korang tak pernah dengar lagi).

Tahap 2:
Buku fiksi kanak-kanak dan awal remaja 12-14 tahun. Ayat yang digunakan dalam buku-buku macam ni selalunya dah mula kompleks. Yang minat komik, boleh jugak cari komik dalam bahasa yang korang nak belajar tu, tapi bahasa pasar ada digunakan dalam komik maka hati-hati la.

Tahap 3:
Kalau korang dah faham tatabahasa dan cuma nak tinggal asahkan pemahaman tu dan belajar kosa kata yang lebih spesifik (contoh; how gross vs how repugnant), baca buku atau novel remaja kalau minat. Kalau tak minat novel, baca artikel. Tahap ni dah boleh baca surat khabar, majalah bahasa, majalah fotografi, majalah akademik (sains) etc.

Tahap 4:
Untuk belajar lebih lanjut dan nak tambah perkataan-perkataan yang dikira 'advance'; baca non-fiction atau novel dewasa. Non-fiction banyak sangat, maka mula dengan subjek yang korang minat. Baca artikel (ekonomi, bisnes, jenayah, alam sekitar, haiwan etc). Atau join forum atau group yang bertujuan berkongsi idea dan berdiskusi; seperti forum/group yang fokusnya pada sains, fandom, social justice, etc. Cuma bila dalam forum/group, tatabahasa mungkin ada yang tak betul, fokus korang hanya untuk lihat macam mana diorang bertukar pendapat dan perkataan apa yang diorang guna.

Tahap 5:
Kalau saja nak tambah ilmu hanya sebab nak tambah ilmu. Baca buku akademik atau buku klasik.


P.S: Bila korang pilih beraneka topik, kosa kata korang akan meluas. Ada perkataan-perkataan yang lebih banyak digunakan dalam bidang sains, misalnya. Ada perkataan yang lebih banyak digunakan dalam bisnes. Ada perkataan yang sama tapi maksudnya boleh berbeza bergantung pada topik etc.



Menulis

Perjalanan tahapnya sama dengan yang atas.

Aku tak ada banyak benda nak cakap untuk bahagian ni. Korang boleh latih diri untuk guna kosa kata yang korang baru belajar, atau bahagian tatabahasa yang korang baru belajar. Misalnya korang belajar macam mana nak gunakan adjektif, dengan sendiri binalah banyak ayat berkaitan topik yang sama. Bila korang guna apa yang korang belajar, apatah lagi dalam penulisan, korang akan lebih mudah nak ingat info tu.

Bila belajar perkataan baru, tulis atas kertas dengan makna perkataan sekali. Tak perlu simpan buku nota pun tak apa (aku cadangkan simpan buku nota), ambil je kertas mana-mana dan tulis.

Lain-lain:
Tulis esei bertopikkan sesuatu yang korang minat (formal/informal), atau beri pendapat/luahkan perasaan dalam bahasa tu (informal). Untuk yang ni aku galakkan guna buku, atau tulis di social network; seperti facebook, tumblr, blog, twitter. Lebih bagus kalau ada orang yang boleh tolong semakkan kesalahan bahasa korang. Mula dengan ayat-ayat mudah.  



Mendengar

Perjalanan tahapnya juga seperti bahagian membaca. Mendengar ni berkait rapat dengan bercakap. Selain objektif yang aku dah nyatakan awal-awal tadi, fokus utama korang adalah untuk tahu macam mana sesuatu perkataan tu disebut.

Tahap 1-2:
Untuk apa-apa online atau digital: sediakan atau pastikan ada transkrip atau salinan (dalam bentuk tulisan yang korang boleh baca) kepada audio yang korang dengar tu. Bila telinga mendengar, mata ikut baca. Kenalpasti slanga sebab benda ni boleh mengubah macam mana sesuatu perkataan tu disebut; pastikan korang belajar sebutan standard.

Untuk yang selain itu: Bila ada orang sebut perkataan yang korang tak pernah dengar, kalau boleh tanya la macam mana nak eja atau apa maksudnya.

Tahap 3: 
Untuk apa-apa online atau digital: dah boleh abaikan transkrip, tapi untuk kepastian boleh jadikan transkrip tu sebagai rujukan.


Bahan:

  • Dengar podcast, radio, boleh search online.
  • Filem, drama, berita, dokumentari dengan atau tanpa subtitles.
  • Dengar orang bersembang dalam bahasa tersebut.
  • Aku tak berapa syorkan lagu sebab tatabahasa banyak tak betul, tapi boleh cuba.
  • Guna kamus online; selain makna perkataan, ada kalanya diorang bagi audio.



Bercakap 

Mula-mula bercakap tu kemungkinan besarnya korang akan buat silap. Masuk akal, sebab bila bercakap atau bersembang ni korang perlu respon dalam masa beberapa saat je, bila menulis pulak korang boleh duduk di situ berjam-jam fikir macam mana nak reka ayat.

Cabaran utama yang korang perlu lalui untuk memudahkan perjalanan bahasa korang ni kan, adalah rasa malu. Bila selalu bercakap dalam bahasa tu, lama-lama korang akan rasa biasa dengan aktiviti tersebut, yang mana seterusnya boleh mengurangkan rasa malu.

Maka bercakaplah kalian.

P. S:

  • Setiap kali belajar perkataan baru, check sebutan secara online, dan sebut. 
  • Letak diri korang dalam situasi di mana korang perlu guna bahasa tu; events, groups/community. Cari kawan berlainan bangsa atau orang yang guna bahasa tu sebagai bahasa ibunda diorang. Di online pun ada tempat untuk orang berbual secara live, tapi perlu cari sendiri la sebab aku personally tak gemar berbual live secara online. 


* * *

Akhir kata

Don't make it boring la. Korang boleh guna games, word games misalnya. Ataupun download mobile application yang ada sediakan latihan-latihan bahasa atau permainan interaktif. Bukan je mudah, korang boleh layan apps tu masa menunggu giliran di kaunter, menunggu order makanan sampai, dalam LRT etc. Ataupun buat flashcard dan ajak orang lain sekali.


* * *


Kalau ada apa-apa yang aku terlepas pandang, atau korang tak faham, boleh tanya di ruang komen atau di askfm. Kalau ada cadangan lain, boleh dikongsikan di ruang komen. Maaf atas apa-apa kesilapan, aku dah penat semak nanti la aku semak lagi.

Mungkin aku akan buat entri apps recommendation berkaitan belajar bahasa ni nanti, tapi sampai di sini je buat masa sekarang.

Bye.




February 15, 2017

white dress: retrospektif pagi



Entri ditulis pagi tadi.

Maka aku di sini menaip entri setelah gagal dalam cubaan masak pancake. Bukan salah aku. Ok maybe ada silap. Tapi semuanya berpunca daripada tepung pancake yang jenamanya lain daripada yang aku selalu beli. See. Ini sebabnya aku tak suka tukar-tukar, bila dah jumpa yang elok, aku suka pakai yang itu je, kalau boleh sampai bila-bila. Bila tukar jenama ni (haritu terpaksa), resepinya pun bertukar - yang mana aku sebenarnya sedar - tapi aku degil nak pakai resepi lama jugak kan. Ni satu lagi. Keadaan dah memaksa untuk bertukar tapi aku masih nak ikut mentaliti dan cara lama. Hasilnya pancake tak menjadi dan perut aku sakit (sebab test makan sekeping tadi).

Tapi bila fikir balik kan, dah siap ada tepung pancake pun boleh silap masak lagi entah apa apa je.


Benda sama bila aku pergi restoran atau kedai melayu tepi jalan. Melainkan aku rasa adventurous dan banyak duit, mungkin aku akan cuba menu dengan nama pelik-pelik. Tapi kalau tak - yang mana adalah yang selalunya - aku memang akan order menu sama je kat mana-mana pun (yang aku dah pernah cuba dan yang aku rasa sedap), preferably kat kedai yang aku dah test pergi dan memuaskan. Objektifnya adalah nak makan dan nak kenyang. Kejadian penyesalan yang berlaku setiap kali aku order menu baru hanya menambahkan trauma je; sudah lah tak kenyang, membazir duit pulak tu. 

Praktikal. Sesetengah orang panggil boring.

Ah. Aku lebih suka kenyang dan happy dengan makanan aku.


Aku ada beritahu ke, yang antara kepakaran aku adalah mengenalpasti macam mana orang buat teh lemon? Like, aku tahu kalau diorang bancuh perisa lemon instead of guna buah lemon tu, aku tahu kalau diorang guna limau instead of lemon (a.k.a menipu), aku tahu bila masa diorang letak potongan lemon tu dalam air, aku tahu kalau kurang teh atau gula atau lemon, aku tahu segar atau tak segar.

Kesedaran ni agak membanggakan aku sebab aku suka teh lemon. Rasa macam badge of honor.




January 1, 2017

Extra: Lessons Learnt 1 [2016]



Well, 2016 is ending (has just ended actually). It was indeed the year of realizing things. Someone made a joke about how 2017 would be the year of dealing with things instead. Ha. Okay let's not talk about 2017 yet. I was thinking about making a post to celebrate the death of 2016 because this year was shit, let's be honest, and sharing some lessons learnt seems to be a good idea to spite 2016.

So this is the list of what I have learnt so far (that I could recall) in my 20 or so years living in this world. Some I learnt by being there when other people were dealing with it, some I had to bleed and learn myself - kicking and screaming (not literally of course, except for screaming, that I did), some took me years - countless whys and introspection to finally realize.

It can sound harsh, probably. Self reminders.

  1. Most of the time it's better to be alone than to be with someone who disrespects you. 
  2. Familiarity can be the best illusion of safety. Never let down your guard completely. 
  3. People can't fight for you forever, sometimes at all. Learn to do it yourself. 
  4. Speak the truth, stand against the wrong things, even when your whole body shakes.
  5. Be nice to yourself, especially when you think you don't deserve it; say positive things to yourself, affirm your worth, acknowledge your effort and feelings. It will help.
  6. Your mind is the beginning to a lot of things. Be careful with what you let inside your mind.
  7. Emotion needs to be acknowledged, experienced, understood and let go - in this order. Never suppress it, avoid it, question it, judge it, pretend it isn't there. It wont work. It will hit you harder in the future. Give it your attention, respect and acceptance. 
  8. You have more power than you actually realize. 
  9. You can't be enough for everyone. That's okay. It's realistic. We have different needs, sometimes a single person can't meet all of those needs. Learn to be enough for yourself so you don't have to rely heavily on others to meet your needs, so when others struggle to meet your needs - you are capable of meeting them halfway.
  10. The first step to deal with reality is to acknowledge it in all its rawness. Learn to look ugly truth straight in the face no matter how much you hate it. Peace can't be gained through the avoidance of reality, but through the acknowledgement and the acceptance of it.  
  11. (If it's personally directed at you or about you) It is not a joke if it hurts you. Tell them. State your boundary. If they truly care; they will respect your boundary, change their behavior or at least compromise, without shaming you for being hurt. 
  12. Know your boundary. When you don't, it's easy to get confused between what can be allowed and what cannot, you'll tend to follow others' rules. The problem is when their rules are full of biases, when the rules put them in an advantageous position and you in the opposite. They will step on you. 
  13. When a problem arises, look at both yourself and others. E.g: If people don't understand you, there might be lacking in them, but it also means you don't communicate in a way they understand. 
  14. Learn to enjoy your own company.
  15. The world owes you nothing. If you want something, get it yourself. 
  16. Continually blaming others, fate, the world, external events for making you do things is like saying you are a puppet. Don't be a puppet.
  17. Self-pity will get you nowhere. You hate how awful you are at talking with people? Learn how to communicate. You hate how worthless you are? Go out and do things, contribute, volunteer with charities, make changes even little ones. Don't just say how you suck and yet do nothing about it. Fix your actual problem. Improve upon it in any way you can.  
  18. That social blunder you've just made? No one really cares. If someone does at that time, they probably will not remember it or it probably will not be significant later. If they tease you for days about it, either they are assholes or they want to interact with you but don't know how. If they actually spend time to gossip about your small mistakes then they have problems with their life, which tells more about them than it does about you. 
  19. If you don't make a choice, a choice will be made for you. 
  20. Not taking an action is an action in itself.
  21. In order to become good at something, you first need to bear looking and feeling like a fool. It will pass. People will laugh, they will mock and criticize you. But that's the price you have to pay for excellence. Don't stop until you get there.
  22. Manipulative people will twist your words until they get what they want; if possible, do not argue with them, do not take them seriously/personally, do not give them your time.   
  23. Be careful with people-pleasers. 
  24. Practice self-awareness. Knowledge about yourself can help you a lot in life. 
  25. The old way is not necessarily the best way. People can be stupid, that's including our ancestors. The new way is not necessarily the best way either.
  26. Don't just listen to one side of the story. Listen to as many as you can. Find similarities, connections and holes between them. 
  27. Don't be so quick to choose side. 
  28. To change what you feel, you need to change what you think. To change what you think, you need to change your belief/perspective. To change your belief/perspective, you need to know what they are and what influenced them or how they came to be.
  29. Intention and impact are two exclusive things, but are connected by an action. Intention > Action > Impact. Action is fixable. Action influences impact. If you don't get your desired impact, fix your action. Good intention can't justify negative impact, it can't take it back or erase it. Don't use your good intention as an excuse for the negative impact your action has brought, work to fix your action instead. That is to say, criticism on a negative impact doesn't equal dismissal of the good intention behind it.
  30. If you don't want to do something, at the very least be brave enough to say so. If something happens later, people can't hold it against you for not speaking up. 
  31. It's always better to ask than to assume.
  32. People's value/self-worth does not depend on what other people do to them.
  33. Do not ask someone to smile. If you want to see them smiling, make them smile. 
  34. Do not mock anything that people were born with. It can take years for them to recover. It also shows your insecurity and immaturity.   
  35. Some people search for things to fuel their hatred, for no other reason than to hate. It validates their ego. Don't do that.
  36. It's never too late to learn. Screw what other people say.
  37. Before you stand against something, make sure you know what exactly it is.
  38. The most important key in relationship is communication. Communicate your thoughts, your needs, your boundary, your hates, your likes, everything. Say it, tell them. Do not wait for people to read your mind. People can't read minds. Do not use revenge, do not use punishment (emotionally, psychologically, physically), do not get even. Discuss it with them until an understanding/solution/reconciliation is achieved.
  39. Own your mistakes. Less blaming and more accountability. 
  40. Do not apologize for someone else's feelings or yours. Apologize only for your actions.
  41. Your feelings are your problem first and foremost. Don't hold others responsible for what you feel.
  42. More thank you, less I'm sorry. Instead of apologizing for being late, thanking people for waiting for you. It promotes positivity. 
  43. The more fears you confront/manage/fix, the more self-assured you become.
  44. Do not get into a love relationship if you are not ready to be vulnerable or exposed. Do not get into a relationship if you are not willing to change or compromise anything. Don't let your pride get in the way of your love. Relationship is very much like business; if you want something, you have to give something in return. But be sensible.
  45. Do not cheat on your love partner. It messes with their trust in relationships. Properly break things off with them if you are over the relationship. If you are not over the relationship, don't cheat. That's not how you solve your loneliness or hurt feelings. Refer 38. 
  46. If you find yourself falling for someone unavailable, you still can cut off your feelings. Do it as soon as you notice it, pull away and stick to that. Don't use your 'inevitable' feeling as an excuse to screw with someone else's relationship. It's a fate you can control. You are not that helpless. 
  47. Love alone is not enough in a relationship.  
  48. Emotion is a message. It is there to tell you something about you. You don't always have to act on it.  
  49. Humans are work in progress. Don't be so sure you know someone. Re-verify from time to time.  
  50. Know the difference between liking someone and liking the attention they give to you. The first can mean the latter. The latter doesn't necessarily mean the first.
  51. Use your anger, turn it into something productive. 
  52. Observe. Imitate. Always do it better.
  53. Just because someone's mental illness does not make any sense to you, doesn't mean it's not real.
  54. When helping someone, be careful with getting emotionally invested. If you are emotionally invested in their improvement, you will feel frustrated when they don't improve. Helping people is usually a choice even if it doesn't feel like one. They don't owe you their improvement. On that note, don't be too hard on yourself when you can't help people, we can't help everyone. Acknowledge your attempt and effort. 
  55. Do not only wait for the right person. Work on yourself, be the right person.
  56. Determine what you want. Find out the requirements for it. Devise a plan to meet those requirements, do extra work if this can increase the probability of success. Execute it. Record and keep track of your progress. If you fail or something doesn't work, find out what went wrong, understand and fix the problem, devise a new plan and execute it again. 
  57. Be direct, ask direct questions, get direct answers. Most of the time there's no need to over-complicate things. You may need to find balance between being direct and tactful though.
  58. If you dare to do something, dare to be responsible for the consequences.
  59. Don't get caught up in other people's definitions and interpretations.   
  60. Sometimes, disturbing the peace and harmony is worth it. Go and break their illusion.  

I intend to elaborate on a few topics in this list later.

Okay that's it.
End.