nana johari

October 6, 2017

Random: 1




Bahaya start buat tajuk entry dengan 'random 1', firasat aku mengatakan yang kemungkinan besar lepas ni semua entry aku akan jadi macam tu. Tapi dulu dah buat macam ni tak menjadi pun. Eh. Sejujurnya aku nak ubah (lagi) cara aku susun entri-entri dalam blog ni (semua nampak macam tak susun je). Sistem sekarang agak tak praktikal sebab banyak sangat symbolism dan kurang common sense lol. Aku menyampah sikit tengok blog ni sebenarnya, dan entri-entri yang ada tu pasal aku selalu delete. Rasa macam tak kemas je tapi tak tahu nak kemas macam mana lagi dah.



So Bahasa Inggeris, selain tatabahasa, benda paling asas adalah sebutan. Banyak perkataan yang aku sebut salah, aku baru sedar; bukan sebutan American, bukan sebutan English British. Di sini aku maksudkan bunyi standard sesuatu perkataan tu, aku bukan maksudkan accent. Jap sama ke, eh entah. So aku ni macam sebut semua perkataan tu berdasarkan apa yang aku rasa masuk akal je. 

Masalah bila sebutan English sebenarnya tak masuk akal pun.

Aku tak tahu macam mana nak describe betapa susahnya nak ubah sebutan yang dah melekat dalam otak. Kau kena undo dan betulkan balik satu-satu. Yang buat rasa mendap sikit tu bila improvement tak nampak jelas; masuk akal sebenarnya sebab benda ni ambil masa, cuma otak rasa macam aku dah asyik cuba tapi macam tak jadi je yknow. Bias.

Tak tahu la. Masa. Tengok jela macam mana nanti.




No comments:

Post a Comment